Si Ayah : Adam,ini buku.
Si Anak : No daddy, this is a book
Si Ayah : (Tercengang)
Bicaraku
Bagaimana jika anda berdepan dengan situasi seperti ini? Si anak mempunyai pengetahuan Bahasa Inggeris yang lebih berbanding Bahasa Melayu. Secara realitinya, ibu bapa pada hari ini lebih mementingkan pembelajaran bahasa Inggeris berbanding bahasa Melayu. Perkara ini boleh mengakibatkan generasi akan datang tidak mampu untuk bertutur dalam bahasa Melayu dengan baik. Hal ini boleh menyebabkan bahasa Melayu itu sendiri akan mati. Kealpaan kita sebagai ibu bapa yang mahukan anak-anak fasih berbahasa Inggeris hingga menyebabkan bahasa Melayu itu sendiri terpinggir.Oleh yang demikian, tidak salah untuk ibu bapa mahukan anak-anak mereka mempelajari bahasa luar tetapi janganlah menyebabkan bahasa ibunda kita sendiri terpinggir. Sememangnya wajar dasar PPSMI yang digantikan kepada dasar memartabatkan bahasa Melayu dan memperkasakan bahasa Inggeris dilaksanakan bagi membolehkan bahasa Melayu kita dapat dimartabatkan.
hakciptaterpelihara |
blogwalking...nice blog...follow me back ok...
ReplyDeletesebenarnye bagus sgt belajar b.i sebeb in future everything in b.i...bm ni boleh belajar bila2 masa....=)
ReplyDeletecome visit n follow my blog : http://nuruleimanhikmah.blogspot.com/
thanks!