Assalammualaikum dan Salam Sejahtera
Pernahkah anda mendengar istilah pelik yang sering digunakan remaja sekarang?Kebiasaannya istilah ini digunakan remaja bagi mengelakkan difahami orang veteran dn mudah difahami sesama mereka. Di sini saya senaraikan beberapa istilah yang sering kita dengar dan diujarkan mereka.
'ANAK IKAN' >> kekasih simpanan yang lebih muda
'CIKARO' >> kekasih (biasanya disebut oleh golongan rempit)
'BAPA AYAM' >> lelaki yang mengetuai sindiket penjualan wanita atau pelacuran
'SUGAR DADDY' >> lelaki yang membela wanita simpanan
'BALAK' >> teman lelaki
'KUTU RAYAP' >> Mereka yang suka melepak tanpa hala tuju
Bicaraku
Sebenarnya banyak lagi istilah yang sering digunakan masyarakat kita pada hari ini untuk mengambarkan sesuatu. Kebiasaannya istilah seperti ini sering digunakan remaja untuk memudahkan perbualan mereka.Hal ini kerana bahasa seperti 'cikaro', 'balak' hanya digunakan dalam kelompok mereka dan hanya difahami oleh sesetengah pihak sahaja. Istilah seperti ini kadangkala boleh mendatangkan kebaikan dan juga keburukan. Hal ini kerana istilah seperti ini dapat menjadi kiasan di sebalik maksud yang sebenarnya dan salah satu keburukannya tidak difahami oleh sesetengah pihak.
hakciptaterpelihara |
No comments:
Post a Comment