Salah faham ini terjadi ketika saya dan sahabat sedang asyik melihat berita yang dipaparkan pada laman sesawang suratkhabar Harian Metro.Berikut merupakan tajuk berita tersebut:
Jaja gambar bogel
KESAL...Siti mendedahkan perkara terbabit kepada wartawan Harian Metro. |
Titi : Didi, cuba kau baca berita ni.
Didi : Ok. (beberapa saat kemudian). Ha! Jaja?Siapa Jaja?
Titi : Jaja?Jaja mana ko ni???
Didi : Tu yang dekat tajuk berita tu.
Titi : Oh...tu bukan nama orang la tapi orang tu yang menjaja gambar bogel dia. 'Jaja' kata kerja la.
Didi : Oh..baru aku paham.
Bicaraku
Bahasa pada tajuk berita juga memainkan peranan penting bagi pemahaman mereka yang membaca berita tersebut.Hal ini kerana tajuk merupakan perkara pertama yang boleh menimbulkan persepsi terhadap sesuatu berita yang ingin disampaikan. Kemungkinan berita yang ingin disampaikan itu boleh menimbulkan kekeliruan dan salah faham akibat daripada tajuk yang tidak lengkap atau menggunakan perkataan yang boleh membawa maksud yang pelbagai. Seperti situasi di atas, perkataan 'jaja' itu sendiri menimbulkan dua makna iaitu nama orang dan perbuatan mencari rezeki (menurut Kamus Dewan Edisi Keempat). Sebaiknya perkataan 'jaja' itu diletakkan imbuhan men- bagi menjadikan perkataan tersebut 'menjaja' dan kemungkinan berita tersebut lebih jelas dengan perkataan 'menjaja' ini yang bermaksud menjual atau memperdagangkan. Oleh yang demikian, sahabat saya juga tidak keliru dengan maksud perkataan tersebut.Renung-renungkan dan selamat beramal
hakciptaterpelihara |
Sebagai seorang pelajar kewartawanan, kami telah dididik supaya tidak meletakkan sebarang imbuhan pada tajuk berita. Itu adalah teknik penulisan tajuk berita.
ReplyDelete