CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.

DarlinGss

Jan 22, 2011

SITUASI 3 > OH Magika!!!


Assalammualaikum,,salam sejahtera,,salam 1 Malaysia

Akibat terlampau tertekan pada malam minggu yang lalu,saya terasa untuk menonton filem di panggung wayang yang terletak di rumah 3-1-B bersama rakan. Kami memilih untuk menonton cerita Magika arahan Edry KRU. Pada mulanya agak bosan juga tetapi lama kelamaan nampak menarik kerana pengisiannya mengenai dunia fantasi yang mungkin tidak terjangkau oleh sesetangah orang. Cara pengarahan beliau nampak kreatif dan menarik.
Saya selitkan sedikit sinopsis cerita ini yang mengisahkan Ayu dan adiknya Malik yang tersesat di dunia Magika (seperti dunia bunian) dan terjumpa dengan pelbagai manusia yang pelik yang tiada pada zaman sekarang seperti Badang,Bawang Putih Bawang Merah, Nenek Kebayan,Puteri Gunung Ledang dan sahabat pendekar berlima (Hang Tuah,Jebat,Lekir,Lekiu dan Kasturi)
Perkara yang ingin saya ketengahkan di sini adalah berkenaan bahasanya yang pelbagai. Pengarahnya memaparkan watak yang mempunyai bahasa yang pelbagai  seperti dialek kedah, penggunaan peribahasa dan pantun,bahasa pasar dan bahasa rojak.

 Situasi 3

 >>Watak badang (Mawi) sering mengutarakan dialog yang mempunyai peribahasa dan kiasan.

“Isi Bakul angkat sendiri”
“Hutang emas boleh dibayar,hutang budi dibawa mati”
Di dunia magika, Badang menanggap “penunggu” sebagai pengawal tetapi berbeza dengan watak Ayu daripada dunia realiti yang menganggap “penunggu” sebagai hantu




>>Watak Ayu (Diana Dianelle) pula ke arah dunia realiti yang seringkali mengutarakan dialog bahasa rojak iaitu bahasa Melayu bercampur bahasa Inggeris
Kata sapaan : Hello,,excuse me,,(kata sapaan ini tidak difahami oleh masyarakat di Magika)








>>Watak Bawang Putih dan Bawang Merah (Sharifah Aleya dan Sharifah Amani) yang sering menggunakan pantun sebagai dialog.



Budak Terengganu main wau
Main wau di tepi sawah
Bawang kami besar-besar tau
Yang kenit tak main la
Pergi dapur perah santan
                                    Jangan  nak perasan!                                  


 >>Watak pendekar lima bersaudara (kumpulan Senario) yang menggunakan dialek Kedah.Antaranya:

“Hang ni pasai pa??Hang dok buat hal lagi”
“La ni macam mana??Hang nak macam mana??Hang nak setel ke apa??
“La ni,,lagu ni.Hang lekiaq dan Hang Kasturi pi hantaq Si Awang ni jumpa Puteri Gunung Ledang. Cek nak pi  teman cik adik ni pi Pasar Rimba"



Bicaraku
Bahasa yang pelbagai yang diujarkan oleh watak yang berkenaan menunjukkan pelbagai ragam bahasa yang terdapat di dunia ini terutamanya di Malaysia yang mempunyai  pelbagai dialek dan sebagainya.Saya berasa seronok kerana dalam cerita ini diselitkan dengan peribahasa dan kiasan yang sememangnya gemar digunakan masyarakat terutamanya pada zaman dahulu dalam percakapan seharian mereka.Di sini dapat dilihat cara penggunaan bahasa masyarakat dahulu seperti Badang yang santun dalam berbahasa dan masyarakat kini seperti Ayu yang berbahasa dengan penggunaan bahasa rojak (campuran bahasa Melayu dan bahasa Inggeris).Oleh yang demikian,bahasa dilihat memainkan peranan yang penting dalam konteks komunikasi selain menjadi salah satu elemen menbentuk perpaduan seperti yang ditonjolkan dalam filem Magika ini.Renung-renungkan dan selamat beramal.

Coretan: Jarang sekali ada filem yang ingin menggunakan elemen bahasa seperti bahasa kiasan dan pantun dalam dialog mereka.


hakciptaterpelihara

2 comments: