CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.

DarlinGss

Jan 22, 2011

SITUASI 1 > Pemandu Bas VS Pelajar

Assalammualaikum pembuka bicara...
Kempen "Budi Bahasa Budaya Kita" sememangnya telah lama diuar-uarkan di negara kita.Seharusnya semua golongan tidak kira golongan kanak-kanak, dewasa hinggalah warga emas harus membudayakan ungkapan tersebut.Situasi yang ingin saya paparkan ini dilihat mempunyai kaitan dengan ungkapan 'emas' tersebut dan seharusnya menjadi  tauladan kepada kita semua.

 Situasi ini terjadi ketika saya ingin pergi ke kuliah di Proton City (PC).Tidak dapat dinafikan, masalah utama bagi pelajar UPSI ialah ketiadaan bas atau bas lambat. Fenomena beratur panjang seperti 'ular' sudah menjadi lumrah kepada pelajar di sini.Beratur menunggu bas pada jam 1.50 petang di bawah panas terik sudah tentu boleh mendatangkan api kemarahan dan rasa tidak sabar untuk menunggu ketibaan bas. Apabila bas datang, seorang pelajar perempuan dan sahabatnya yang beratur di hadapan saya naik ke dalam bas dan mungkin kerana sudah terlewat untuk ke kelas, saya lihat mereka berdua  meminta pertolongan daripada pemandu bas tersebut untuk memberhentikan mereka di Taman Bernam kerana jika mereka menaiki bas ke Taman Bernam, mereka perlu pergi ke kampus terlebih dahulu dan mungkin mengambil masa untuk mereka sampai ke kelas

Situasi 1
Pelajar  : Pakcik,boleh tak berhenti kat Taman Bernam nanti?
Pemandu bas : Maaflah dik, tak boley berhenti,dekat situ bahaye.Lagipun pakcik pernah disaman sebab memberhentikan pelajar di situ.                               
Pelajar  : Tak boleh ke pakcik???Ala..takkan berhenti kejap pon tak boleh??(dengan nada suara yang agak tinggi) 
Pemandu bas : Maaflah dik.Pakcik bukan tak nak tp memang tak boleh.Kenapa adik tak naik bas terus pergi ke Taman Bernam???(dengan nada lembut)                      
Pelajar   : Takpelah pakcik.Terima kasih jelah. (seperti nada memperli)

Selepas pelajar tersebut turun daripada bas,saya masih mendengar perbualan mereka.

Pelajar 1       : Bodoh la pakcik tu!Mintak tolong berhenti pon susah.
Pelajar 2       : Ntah.Bengap betol!Bukan susah pon nak berhenti kat tepi jalan tu.Bukan kite suruh die
                      angkat batu pon!



Bicaraku
 Bahasa yang digunakan pelajar tersebut seperti tidak menghormati pemandu bas terbabit.Apabila pemandu tersebut tidak dapat  menolong mereka, mereka mengeluarkan katakata kesat yang tidak sepatutnya mereka ujarkan. Saya juga melihat perbezaan bahasa yang digunakan antara pelajar tersebut dengan pemandu bas. Pemandu bas itu dilihat mengeluarkan katakata yang sopan untuk menolak permintaan pelajar tersebut. Walaupun hanya seorang pemandu bas, beliau mempunyai budi bahasa yang lebih baik berbanding mereka yang terpelajar. Jadi, perbezaan tersebut sudah cukup untuk kita semua berfikir dan menjadikan situasi tersebut sebagai pengajaran.Renung-renungkan dan selamat beramal.


hakciptaterpelihara

No comments:

Post a Comment