Assalammualaikum,salam sejahtera & salam 1 Malaysia
Entri saya pada kali ini adalah mengisahkan kisah tegur menegur sesama manusia. Betul kata ibu saya, untuk menegur seseorang itu haruslah kena pada tempat,masa,situasi,keadaan,perkara yang hendak ditegur dan yang paling penting,penggunaan bahasa kita untuk menegur supaya orang yang ditegur tidak terasa hati. Peristiwa ini berlaku ketika saya,Noordiana dan Siti Zulaikha hendak pergi ke pasar malam di pekan Tg Malim. Seperti biasa, di dalam bas untuk ke pekan memang padat dengan pelajar yang mempunyai motif yang sama seperti saya untuk berkunjung ke pasar malam tersebut. Oleh kerana berebut untuk menaiki bas,Noordiana ketinggalan bas dan terpaksa menaiki bas lain. Semasa turun dari bas,saya terperanjat kerana pelajar wanita bertudung labuh (W1) di belakang saya dengan tergesa-gesa menuju sambil memanggil pelajar wanita bertudung biasa,memakai tshirt lengan pendek dan berseluar jeans (W2) yang turun di hadapan saya.
Situasi 2
W1 :Hey awak,wey awak,tunggu kejap.
W2 : kenape?
W1 : awak ambil kos ape??
W2 : Kos ………(terpakse dirahsiakan)
W1 : kalau boleh awak janganlah pakai macam ni. Dahlah seksi.Tak elok orang pandang.Awak taw tak perempuan ni ibarat cincin.Kalau orang lelaki nak beli,mesti dia pilih cincin dalam kotakkan tapi kalau cincin yang takde kotak,jual kat tepi jalan tak de orang nak beli.Jadi,tak payah la nak dedah-dedah sangat.
W2 : (muke tercengang dan agak bengang sambil menahan panas terik matahari). Terima kasih banyak-banyak la kak.
Mungkin kerana tidak tahan berdiri di tengah cuaca yang panas,saya melihat pelajar wanita (2) itu berlalu pergi sedangkan pelajar wanita (1) masih lagi mahu meneruskan kata-kata beliau.
Jika mahu menegur hendaklah dengan cara yang betul
(gambar hiasan)
Bicaraku
Teguran tersebut merupakan satu perkara yang baik untuk menyedarkan wanita (2) tersebut tetapi beliau menggunakan bahasa yang tidak bersesuaian dan menegur di tempat yang juga kurang sesuai. Lihat sahaja cara wanita (1) memanggil wanita (2), kata sapaan yang digunakan seolah-olah tidak menghormati wanita tersebut. Sepatutnya beliau memberi salam terlebih dahulu dan menggunakan bahasa yang berhemah kepada wanita terbabit bukan terus melulu menegur wanita tersebut. Mungkin wanita(2) rasa terhina dengan tamparan tersebut lebih-lebih lagi ditengah cuaca yang agak panas dan tidak selesa. Jika wanita (1) menegur dengan bahasa yang berhemah, mungkin wanita (2) dapat menerima teguran tersebut dengan hati yang terbuka. Renung-renungkan dan selamat beramal.
hakciptaterpelihara |
No comments:
Post a Comment