CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.

DarlinGss

Jan 23, 2011

SITUASI 5 > MAKCIK,,PAKCIK,,TUMPANG LALU...

Assalammualaikum,salam kasih dan mesra

Entri saya pada kali ini ingin  menyentuh berkenaan kata panggilan (kata ganti nama diri) dan kata sapaan.Hal ini kerana saya teringat peristiwa semasa karnival hari terbuka di Kolej Harun Aminurrashid (KHAR) pada minggu lepas. Perkara ini berpunca daripada saya sebab memanggil peniaga tersebut dengan panggilan “makcik” tetapi beliau kelihatan seperti sebaya saya.Apabila saya memanggilnya dengan panggilan tersebut,beliau terus memandang saya dengan pandangan yang sinis.Saya menjadi pelik tetapi apabila rakan saya memberitahu hal tersebut,barulah saya perasan kesalahan saya. Seharusnya saya memanggil beliau dengan panggilan “kakak” ataupun “adik”.Di sini,saya lampirkan ayat-ayat yang biasa digunakan untuk memanggil dan menyapa.



Situasi 5

“hey u,lama tak jumpa.i sekarang da single taw”

“oi nok,sombongnye ko sekarang”

“lu ape cite der??wa macam nilah.bujang lagi”

“pakcik,dewan kuliah DKC dekat mane?” (orang yang disapa merupakan pensyarah yang berpangkat professor dan lokasi di sebuah universiti)

“makcik @ akak,ini borang tambah kursus tu” (orang yang disapa merupakan seorang pegawai atau kerani dan lokasi di fakulti/pejabat)


Bicaraku
Kata sapaan,kata panggilan dan kata ganti nama diri yang kita gunakan haruslah bersesuaian dengan peringkat umur,masa,tempat dan situasi.Kebanyakan kita yang terbiasa menggunakan bahasa pasar mungkin akan terbawa-bawa hingga ke urusan rasmi yang hendak kita lakukan.Kata panggilan kita kepada seseorang sangat memainkan peranan yang penting.Perkara ini merupakan salah satu kita menunjukkan penghormatan kita kepada mereka selain dapat menjaga hati mereka yang disapa.Tidak semua orang boleh menerima kita memanggilnya dengan panggilan seperti yang ditunjukkan di atas.Jika mereka tidak dapat menerimanya,kita juga yang bersalah dan susah hati. Tidak salah untuk kita memanggil sahabat kita menggunakan nama penuh mereka.Itu lebih manis dan membuatkan sahabat kita terasa lebih dihormati.Oleh itu,pemilihan kata sapaan haruslah digunakan dengan betul.Renung-renungkan dan selamat beramal


hakciptaterpelihara

1 comment: