CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.

DarlinGss

Jan 23, 2011

SITUASI 5 > MAKCIK,,PAKCIK,,TUMPANG LALU...

Assalammualaikum,salam kasih dan mesra

Entri saya pada kali ini ingin  menyentuh berkenaan kata panggilan (kata ganti nama diri) dan kata sapaan.Hal ini kerana saya teringat peristiwa semasa karnival hari terbuka di Kolej Harun Aminurrashid (KHAR) pada minggu lepas. Perkara ini berpunca daripada saya sebab memanggil peniaga tersebut dengan panggilan “makcik” tetapi beliau kelihatan seperti sebaya saya.Apabila saya memanggilnya dengan panggilan tersebut,beliau terus memandang saya dengan pandangan yang sinis.Saya menjadi pelik tetapi apabila rakan saya memberitahu hal tersebut,barulah saya perasan kesalahan saya. Seharusnya saya memanggil beliau dengan panggilan “kakak” ataupun “adik”.Di sini,saya lampirkan ayat-ayat yang biasa digunakan untuk memanggil dan menyapa.



Situasi 5

“hey u,lama tak jumpa.i sekarang da single taw”

“oi nok,sombongnye ko sekarang”

“lu ape cite der??wa macam nilah.bujang lagi”

“pakcik,dewan kuliah DKC dekat mane?” (orang yang disapa merupakan pensyarah yang berpangkat professor dan lokasi di sebuah universiti)

“makcik @ akak,ini borang tambah kursus tu” (orang yang disapa merupakan seorang pegawai atau kerani dan lokasi di fakulti/pejabat)


Bicaraku
Kata sapaan,kata panggilan dan kata ganti nama diri yang kita gunakan haruslah bersesuaian dengan peringkat umur,masa,tempat dan situasi.Kebanyakan kita yang terbiasa menggunakan bahasa pasar mungkin akan terbawa-bawa hingga ke urusan rasmi yang hendak kita lakukan.Kata panggilan kita kepada seseorang sangat memainkan peranan yang penting.Perkara ini merupakan salah satu kita menunjukkan penghormatan kita kepada mereka selain dapat menjaga hati mereka yang disapa.Tidak semua orang boleh menerima kita memanggilnya dengan panggilan seperti yang ditunjukkan di atas.Jika mereka tidak dapat menerimanya,kita juga yang bersalah dan susah hati. Tidak salah untuk kita memanggil sahabat kita menggunakan nama penuh mereka.Itu lebih manis dan membuatkan sahabat kita terasa lebih dihormati.Oleh itu,pemilihan kata sapaan haruslah digunakan dengan betul.Renung-renungkan dan selamat beramal


hakciptaterpelihara

SITUASI 4 > APA NAK JADI????

Assalammualaikum,salam sejahtera,salam kasih dan mesra

Malaysia memang terkenal dengan pusat pelancongan dan tempat yang menarik untuk dilawati.Sememangnya saya bangga jadi anak Malaysia.Pada bulan lepas saya dan keluarga pergi bercuti di Cameron Highland.Sesampainya di Bandar Tanah Rata itu,kami mulakan operasi menderma kepada peniaga-peniaga yang ada di situ.Tiba-tiba kami dikejutkan dengan kata-kata yang terkeluar daripada mulut anak sedara saya,Afham.

Afham : Mama,kenapa papan tanda tu eja klinik salah.K.E.L.I.N.I.K. (mengeja satu persatu).Orang tu tak sekolah ea mama??
Mama: Bukan tak sekolah tapi mungkin dia tersalah mengeja.

Kami semua agak tercengang dan hanya terdiam.Terdetik di hati saya "budak kecil pon boleh perasan perkara tu tapi aku tak perasan pun"

Lihat sahaja kecacatan penggunaan bahasa di papan tanda dan iklan berikut:














Bicaraku
Keindahan negara Malaysia ini tidak seharusnya dicacatkan dengan penggunaan bahasa dan ejaan di papan tanda,gerai makan,klinik dan iklan yang salah sehingga menimbulkan kekeliruan kepada kita.Situasi ini amat mempengaruhi gaya berbahasa kita terutamanya kepada kanak-kanak.Seperti yang kita maklum, Bahasa Melayu merupakan Bahasa Kebangsaan negara kita.Jika kita sendiri yang merosakkannya,siapa lagi yang boleh menghormati bahasa ibunda kita.Sayang sekali,perkara seperti ini sering diambil mudah oleh kita semua.Seharusnya pihak yang berkenaan dan juga kita semua memandang serius kepada permasalahan ini.Jika perkara ini berterusan,tidak hairanlah negara kita digelar negara bahasa rojak yang semakin kehilangan tamadun.Renung-renungkan dan selamat beramal

Catatan: Bahasa Cerminan Bangsa


hakciptaterpelihara

Jan 22, 2011

SITUASI 3 > OH Magika!!!


Assalammualaikum,,salam sejahtera,,salam 1 Malaysia

Akibat terlampau tertekan pada malam minggu yang lalu,saya terasa untuk menonton filem di panggung wayang yang terletak di rumah 3-1-B bersama rakan. Kami memilih untuk menonton cerita Magika arahan Edry KRU. Pada mulanya agak bosan juga tetapi lama kelamaan nampak menarik kerana pengisiannya mengenai dunia fantasi yang mungkin tidak terjangkau oleh sesetangah orang. Cara pengarahan beliau nampak kreatif dan menarik.
Saya selitkan sedikit sinopsis cerita ini yang mengisahkan Ayu dan adiknya Malik yang tersesat di dunia Magika (seperti dunia bunian) dan terjumpa dengan pelbagai manusia yang pelik yang tiada pada zaman sekarang seperti Badang,Bawang Putih Bawang Merah, Nenek Kebayan,Puteri Gunung Ledang dan sahabat pendekar berlima (Hang Tuah,Jebat,Lekir,Lekiu dan Kasturi)
Perkara yang ingin saya ketengahkan di sini adalah berkenaan bahasanya yang pelbagai. Pengarahnya memaparkan watak yang mempunyai bahasa yang pelbagai  seperti dialek kedah, penggunaan peribahasa dan pantun,bahasa pasar dan bahasa rojak.

 Situasi 3

 >>Watak badang (Mawi) sering mengutarakan dialog yang mempunyai peribahasa dan kiasan.

“Isi Bakul angkat sendiri”
“Hutang emas boleh dibayar,hutang budi dibawa mati”
Di dunia magika, Badang menanggap “penunggu” sebagai pengawal tetapi berbeza dengan watak Ayu daripada dunia realiti yang menganggap “penunggu” sebagai hantu




>>Watak Ayu (Diana Dianelle) pula ke arah dunia realiti yang seringkali mengutarakan dialog bahasa rojak iaitu bahasa Melayu bercampur bahasa Inggeris
Kata sapaan : Hello,,excuse me,,(kata sapaan ini tidak difahami oleh masyarakat di Magika)








>>Watak Bawang Putih dan Bawang Merah (Sharifah Aleya dan Sharifah Amani) yang sering menggunakan pantun sebagai dialog.



Budak Terengganu main wau
Main wau di tepi sawah
Bawang kami besar-besar tau
Yang kenit tak main la
Pergi dapur perah santan
                                    Jangan  nak perasan!                                  


 >>Watak pendekar lima bersaudara (kumpulan Senario) yang menggunakan dialek Kedah.Antaranya:

“Hang ni pasai pa??Hang dok buat hal lagi”
“La ni macam mana??Hang nak macam mana??Hang nak setel ke apa??
“La ni,,lagu ni.Hang lekiaq dan Hang Kasturi pi hantaq Si Awang ni jumpa Puteri Gunung Ledang. Cek nak pi  teman cik adik ni pi Pasar Rimba"



Bicaraku
Bahasa yang pelbagai yang diujarkan oleh watak yang berkenaan menunjukkan pelbagai ragam bahasa yang terdapat di dunia ini terutamanya di Malaysia yang mempunyai  pelbagai dialek dan sebagainya.Saya berasa seronok kerana dalam cerita ini diselitkan dengan peribahasa dan kiasan yang sememangnya gemar digunakan masyarakat terutamanya pada zaman dahulu dalam percakapan seharian mereka.Di sini dapat dilihat cara penggunaan bahasa masyarakat dahulu seperti Badang yang santun dalam berbahasa dan masyarakat kini seperti Ayu yang berbahasa dengan penggunaan bahasa rojak (campuran bahasa Melayu dan bahasa Inggeris).Oleh yang demikian,bahasa dilihat memainkan peranan yang penting dalam konteks komunikasi selain menjadi salah satu elemen menbentuk perpaduan seperti yang ditonjolkan dalam filem Magika ini.Renung-renungkan dan selamat beramal.

Coretan: Jarang sekali ada filem yang ingin menggunakan elemen bahasa seperti bahasa kiasan dan pantun dalam dialog mereka.


hakciptaterpelihara

SITUASI 2 > Menegur Dan Ditegur...Di Mana Silapnya???

Assalammualaikum,salam sejahtera & salam 1 Malaysia
Entri saya pada kali ini adalah mengisahkan kisah tegur menegur sesama manusia. Betul kata ibu saya, untuk menegur seseorang itu haruslah kena pada tempat,masa,situasi,keadaan,perkara yang hendak ditegur dan yang paling penting,penggunaan bahasa kita untuk menegur supaya orang yang ditegur tidak terasa hati. Peristiwa ini berlaku ketika saya,Noordiana dan Siti Zulaikha hendak pergi ke pasar malam di pekan Tg Malim. Seperti biasa, di dalam bas untuk ke pekan memang padat dengan pelajar yang mempunyai motif yang sama seperti saya untuk berkunjung ke pasar malam tersebut. Oleh kerana berebut untuk menaiki bas,Noordiana ketinggalan bas dan terpaksa menaiki bas lain. Semasa  turun dari bas,saya terperanjat kerana pelajar wanita bertudung labuh (W1) di belakang saya dengan tergesa-gesa menuju sambil memanggil pelajar wanita bertudung biasa,memakai  tshirt lengan pendek dan berseluar jeans (W2) yang turun di hadapan saya.


Situasi 2

W1  :Hey awak,wey awak,tunggu kejap.
W2  : kenape?
W1  : awak ambil kos ape??
W2  : Kos ………(terpakse dirahsiakan)
W1  : kalau boleh awak janganlah pakai macam ni. Dahlah seksi.Tak elok orang pandang.Awak taw tak perempuan ni ibarat cincin.Kalau orang lelaki nak beli,mesti dia pilih cincin dalam kotakkan tapi kalau cincin yang takde kotak,jual kat tepi jalan tak de orang nak beli.Jadi,tak payah la nak dedah-dedah sangat.
W2  : (muke tercengang dan agak bengang sambil menahan panas terik matahari). Terima kasih banyak-banyak la kak.

Mungkin kerana tidak tahan berdiri di tengah cuaca yang panas,saya melihat pelajar wanita (2) itu berlalu pergi sedangkan pelajar wanita (1) masih lagi mahu meneruskan kata-kata beliau.

 Jika mahu menegur hendaklah dengan cara yang betul
(gambar hiasan)



Bicaraku
Teguran tersebut merupakan satu perkara yang baik untuk menyedarkan wanita (2) tersebut tetapi  beliau menggunakan bahasa yang tidak bersesuaian dan menegur di tempat yang juga kurang sesuai. Lihat sahaja cara wanita (1) memanggil wanita (2), kata sapaan yang digunakan  seolah-olah tidak menghormati wanita tersebut. Sepatutnya beliau memberi salam terlebih dahulu dan menggunakan bahasa yang berhemah kepada wanita terbabit bukan terus melulu menegur wanita tersebut. Mungkin wanita(2) rasa terhina dengan tamparan tersebut lebih-lebih lagi ditengah cuaca yang agak panas dan tidak selesa. Jika wanita (1) menegur dengan bahasa yang berhemah, mungkin wanita (2) dapat menerima teguran tersebut dengan hati yang terbuka. Renung-renungkan dan selamat beramal.


hakciptaterpelihara

SITUASI 1 > Pemandu Bas VS Pelajar

Assalammualaikum pembuka bicara...
Kempen "Budi Bahasa Budaya Kita" sememangnya telah lama diuar-uarkan di negara kita.Seharusnya semua golongan tidak kira golongan kanak-kanak, dewasa hinggalah warga emas harus membudayakan ungkapan tersebut.Situasi yang ingin saya paparkan ini dilihat mempunyai kaitan dengan ungkapan 'emas' tersebut dan seharusnya menjadi  tauladan kepada kita semua.

 Situasi ini terjadi ketika saya ingin pergi ke kuliah di Proton City (PC).Tidak dapat dinafikan, masalah utama bagi pelajar UPSI ialah ketiadaan bas atau bas lambat. Fenomena beratur panjang seperti 'ular' sudah menjadi lumrah kepada pelajar di sini.Beratur menunggu bas pada jam 1.50 petang di bawah panas terik sudah tentu boleh mendatangkan api kemarahan dan rasa tidak sabar untuk menunggu ketibaan bas. Apabila bas datang, seorang pelajar perempuan dan sahabatnya yang beratur di hadapan saya naik ke dalam bas dan mungkin kerana sudah terlewat untuk ke kelas, saya lihat mereka berdua  meminta pertolongan daripada pemandu bas tersebut untuk memberhentikan mereka di Taman Bernam kerana jika mereka menaiki bas ke Taman Bernam, mereka perlu pergi ke kampus terlebih dahulu dan mungkin mengambil masa untuk mereka sampai ke kelas

Situasi 1
Pelajar  : Pakcik,boleh tak berhenti kat Taman Bernam nanti?
Pemandu bas : Maaflah dik, tak boley berhenti,dekat situ bahaye.Lagipun pakcik pernah disaman sebab memberhentikan pelajar di situ.                               
Pelajar  : Tak boleh ke pakcik???Ala..takkan berhenti kejap pon tak boleh??(dengan nada suara yang agak tinggi) 
Pemandu bas : Maaflah dik.Pakcik bukan tak nak tp memang tak boleh.Kenapa adik tak naik bas terus pergi ke Taman Bernam???(dengan nada lembut)                      
Pelajar   : Takpelah pakcik.Terima kasih jelah. (seperti nada memperli)

Selepas pelajar tersebut turun daripada bas,saya masih mendengar perbualan mereka.

Pelajar 1       : Bodoh la pakcik tu!Mintak tolong berhenti pon susah.
Pelajar 2       : Ntah.Bengap betol!Bukan susah pon nak berhenti kat tepi jalan tu.Bukan kite suruh die
                      angkat batu pon!



Bicaraku
 Bahasa yang digunakan pelajar tersebut seperti tidak menghormati pemandu bas terbabit.Apabila pemandu tersebut tidak dapat  menolong mereka, mereka mengeluarkan katakata kesat yang tidak sepatutnya mereka ujarkan. Saya juga melihat perbezaan bahasa yang digunakan antara pelajar tersebut dengan pemandu bas. Pemandu bas itu dilihat mengeluarkan katakata yang sopan untuk menolak permintaan pelajar tersebut. Walaupun hanya seorang pemandu bas, beliau mempunyai budi bahasa yang lebih baik berbanding mereka yang terpelajar. Jadi, perbezaan tersebut sudah cukup untuk kita semua berfikir dan menjadikan situasi tersebut sebagai pengajaran.Renung-renungkan dan selamat beramal.


hakciptaterpelihara

Memberi Penumpuan Terhadap Pengajaran Blogging oleh Cikgu Fawiz..(ouwwhhh..begitu rupanya,,sangat buta IT!!

Assalammualaikum,,salam sejahtera,,salam 1 Malaysia
Bermulanya al-kisah penghasilan sebuah blog bernama I LOVE SOSIOLINGUISTIK bersempena tugasan subjek Sosiolinguistik menerusi arahan Dr Siti Saniah.Sememangnya pada peringkat permulaan saya sangat tidak bersetuju untuk membuat tugasan ini menerusi blog tetapi setelah belajar membina blog melalui Cikgu Fawiz, akhirnya jatuh cinta dengan dunia 'blogging'.Terima kasih diucapkan kepada Cikgu Fawiz dan rakan lain yang banyak membantu.

"owwhhhhhh,,,macam tu rupanya buat blog.Ingatkan susah sangat.Maklumlah buta IT sikit!!!

Itulah kata-kata yang terkeluar daripada mulut saya setelah tamat bertapa mendalami dunia blog.
Diharap pembinaan blog ini dapat memberi seribu satu manfaat kepada kita semua.Renung-renungkan dan selamat beramal.
.
.
.
.
.

 Inilah Cikgu Fawiz yang bergaya seperti ahli politik 
(mintak maaf Cikgu Fawiz kerana terpakse mencuri gambar anda)
Pesanan : Diharap jangan tergoda kerana beliau sudah berpunya.


Inilah tuan punya blog (sebelah kiri) yang sedang menikmati sushi sambil memberi penumpuan kepada pembelajaran blog (hebat bukan?)